Program EduFun Holiday Camp 2026
Program EduFun Holiday Camp
Program EduFun Holiday Camp yang telah berlangsung pada 7 Januari 2026 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh berjaya menarik penyertaan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid sekolah berumur 7 hingga 15 tahun.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan berinformasi seperti DIY kraf kawat bulu, hiasan biskut, kemahiran speed reading, bento decoration serta amalan pemakanan sunnah dalam suasana pembelajaran yang ceria dan interaktif. Program ini bukan sahaja mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah, malah turut merangsang kreativiti, kemahiran membaca dan kesedaran pemakanan sihat dalam kalangan peserta.
Program ini merupakan anjuran bersama PEWANI UiTM Pulau Pinang, Unit Hal Ehwal Islam, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Unit Psikologi & Kaunseling UiTMCPP. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat serta ibu bapa yang memberi sokongan padu. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Comments
Post a Comment