BENGKEL PEMANTAPAN CANVA PERKASA KEMAHIRAN REKA BENTUK STAF

 


BENGKEL PEMANTAPAN CANVA PERKASA KEMAHIRAN REKA BENTUK STAF
Bengkel Pemantapan Canva: Dari Asas ke Pro untuk Tugas Pejabat telah berlangsung pada 11 dan 12 Februari 2026 di Pusat IT, PTAR, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh.
Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Saifulnizam Abu Bakar, Pensyarah Kanan Jabatan Sains, Komputer & Matematik, yang berkongsi teknik dan kemahiran praktikal penggunaan Canva secara lebih efektif bagi menyokong tugasan pejabat.
Sepanjang dua hari program, para peserta didedahkan kepada asas reka bentuk grafik, penyediaan bahan promosi, slaid pembentangan profesional serta tip dan trik untuk menghasilkan visual yang lebih kreatif dan berimpak tinggi.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kecekapan staf dalam menghasilkan bahan komunikasi yang lebih sistematik, menarik dan selari dengan imej profesional institusi.

Comments