PROGRAM LITERASI SEKOLAH: SPEED READING
PROGRAM LITERASI SEKOLAH: SPEED READING
PTAR Kampus Permatang Pauh telah berjaya menganjurkan Bengkel Speed Reading sempena musim cuti persekolahan yang melibatkan sembilan orang pelajar sekolah rendah dan menengah daripada komuniti setempat Permatang Pauh.
Program ini bertujuan memperkasakan teknik pembacaan pantas secara sistematik, di samping meningkatkan tahap kefahaman serta kemahiran pemikiran strategik dalam kalangan peserta.
Bengkel ini menekankan bahawa kepantasan membaca perlu seiring dengan penguasaan maklumat, kerana kualiti pembacaan sebenar terletak pada tahap penghayatan dan kefahaman isi yang dibaca.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi, sikap proaktif serta semangat ingin tahu yang memberangsangkan. Aktiviti interaktif dan latihan praktikal yang dijalankan berjaya membantu peserta memahami serta mempraktikkan teknik Speed Reading dengan lebih berkesan.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh:
• Puan Farleen Azrina binti Zamberi, Pustakawan Kanan (Penceramah)
• Puan Nor Azriena binti Yusuf, Pembantu Pustakawan Kanan (Fasilitator)
• Puan Noor Sapiza binti Tajudin, Pembantu Pustakawan (Fasilitator)
• Cik Fatimah Qismina binti Mohd Addenee, Pelajar Latihan Industri (Fasilitator)
Selain mengikuti sesi pembelajaran, para peserta turut dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi mengenali fungsi dan peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan gedung ilmu yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat.


Comments
Post a Comment