Program TELAAH: Resensi Buku

 


Program TELAAH: Resensi Buku
🗓 Tarikh: 6 Februari 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍Platform: YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan program Resensi Buku secara dalam talian menerusi saluran YouTube rasmi pada Jumaat lalu.
Sesi tersebut memfokuskan kepada kupasan dua naskhah popular, iaitu 'Dead Ends' karya Erin Lange dan 'Before The Coffee Gets Cold' karya Toshikazu Kawaguchi.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh tiga orang pelajar Latihan Industri dari Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kedah iaitu Siti Sarah Binti Irwan, Nurain Balqis Binti Ashar dan Nur Alya Irdina Binti Noor Azmizal.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pembudayaan Ilmu bagi memupuk minat membaca dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar serta warga universiti.
Rakaman penuh sesi ini boleh ditonton semula di YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Comments