SEMINAR USAHAWAN “TAQWA TO WEALTH” PERKASA USAHAWAN BERINTEGRITI
SEMINAR USAHAWAN “TAQWA TO WEALTH” PERKASA USAHAWAN BERINTEGRITI
Seminar Usahawan “Taqwa to Wealth” telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama strategik Bank Islam Malaysia Berhad melalui inisiatif iTEKAD.
Seminar ini menekankan konsep keusahawanan sebagai ibadah dan jihad ekonomi berteraskan taqwa, etika dan integriti. Peserta turut didedahkan kepada peluang sokongan serta pembiayaan iTEKAD dan pembinaan jaringan bersama mentor berpengalaman.
Inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem keusahawanan yang lebih holistik, progresif dan berlandaskan nilai-nilai Islam.


Comments
Post a Comment