BENGKEL “PATH TO FUNDING: CRACKING THE THINK CITY CODE”
Akademi Pengajian Bahasa (APB) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel “Path to Funding: Cracking the Think City Code” bertempat di LCE, PTAR.
Bengkel sehari yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini menampilkan barisan penceramah berpengalaman daripada Think City, sebuah organisasi yang aktif dalam pembangunan komuniti dan perancangan bandar lestari. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang permohonan geran yang ditawarkan oleh Think City serta membimbing mereka dalam penyediaan kertas cadangan projek yang berkesan dan menepati keperluan penilaian.
Melalui perkongsian ilmu dan sesi interaktif, para peserta berpeluang memahami strategi penting dalam merangka cadangan projek yang berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti dan bandar mampan. Bengkel ini juga menjadi platform jaringan antara warga akademik, pustakawan dan pihak industri dalam memperkukuh kerjasama strategik pada masa hadapan.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam memperkasakan budaya penyelidikan, inovasi serta penglibatan komuniti melalui sokongan pembiayaan yang mampan.
#collaboration #apbuitmcpp #PTARUiTMCPP #pjimauitmcpp


Comments
Post a Comment