Majlis Penyerahan Zakat Wakalah PHB Asset Management Berhad
Pulau Pinang, 12 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjadi lokasi penganjuran Majlis Penyerahan Zakat Wakalah PHB Asset Management Berhad (PHBAM) yang berlangsung di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Majlis ini melibatkan seramai 200 orang pelajar asnaf UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai penerima manfaat zakat wakalah. Penyerahan zakat telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PHB Asset Management Berhad kepada Ts. Dr. Mohamad Azhar bin Mohd Noor, Penolong Rektor Kampus Bertam yang mewakili pihak Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Sebelum sesi penyerahan, Encik Zulkifli bin Ishak turut menyampaikan taklimat berkenaan pelaburan hartanah kepada para peserta sebagai pendedahan ilmu kewangan dan pelaburan, khususnya kepada para pelajar.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Anas Suzastri bin Haji Ahmad, Penolong Rektor KITAB; Ustaz Abu Mansur Maturidi, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); serta Ustaz Mohd Rosdan bin Mohamad, Ketua Bahagian Akademik dan Pendidikan MAINPP.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen PHB Asset Management Berhad dan UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam membantu kebajikan pelajar asnaf serta memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri demi kesejahteraan komuniti.
#uitmcpp


Comments
Post a Comment