KEMPEN DERMA DARAH PERDANA UiTMCPP KAMPUS BERTAM 2025

 


Pulau Pinang, 16 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2025, satu Kempen Derma Darah Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berjaya dianjurkan hasil kerjasama erat antara UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM).

Program yang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTMCPP Kampus Bertam ini berjaya menarik penyertaan ramai warga kampus dan komuniti setempat. Secara keseluruhan, sebanyak 50 saringan kesihatan telah dijalankan dan 26 beg darah berjaya dikumpulkan bagi membantu keperluan bekalan darah negara.





Kempen ini bukan sahaja bertujuan menyelamatkan nyawa, malah turut menyemai semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial dalam kalangan warga UiTM serta masyarakat. Bagi memeriahkan program, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya Free Market iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma, kempen galakan membaca melalui aktiviti Jom Baca & Daftar Permata My Reading, serta Pameran Red Cover Book yang mempromosikan koleksi khas buku bertema merah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah, sukarelawan, staf PTAR, warga UiTM Cawangan Pulau Pinang serta rakan strategik daripada IPPT USM atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

#DermaDarah2025 #HariPendermaDarahSedunia #UiTMCPP #IPPTUSM #PTARUiTM #PTARBertam #JomDermaDarah #BloodSavesLives #UiTMDiHatiku

Comments