Program Jelajah Ilmu PTAR UiTMCPP
Pulau Pinang, 18 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu PTAR UiTMCPP bertempat di Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan warga kampus di samping memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Melalui pendekatan turun padang, program ini memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk berinteraksi secara langsung dengan warga PTAR.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk tunjuk ajar penggunaan Portal PERMATA, pendaftaran MyReading, perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, serta akses kepada koleksi digital melalui eBook dan eLib Portal. Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti permainan interaktif “10s Challenge” yang berjaya menarik minat pengunjung.
Penganjuran Program Jelajah Ilmu ini mencerminkan komitmen PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam memperluas akses maklumat, memupuk amalan membaca dan menggalakkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan secara berterusan dalam kalangan warga kampus.
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #jelajahilmu #ptaruitmcpp #budayamembaca #sistempermata #libraryuitm


Comments
Post a Comment