Program Inforace – Misi Santai, Ilmu Berganda

 


Pulau Pinang, 14 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan telah menganjurkan Program Inforace – Misi Santai, Ilmu Berganda bertempat di PTAR Kampus Permatang Pauh.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini merupakan sebuah pertandingan santai yang direka khas untuk menarik minat mahasiswa terhadap penggunaan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembelajaran. Melalui pendekatan yang aktif, menyeronokkan dan interaktif, peserta didedahkan kepada pelbagai kemudahan serta sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan.







Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk budaya pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan mahasiswa, di samping menggalakkan penggunaan perpustakaan secara lebih berkesan sebagai medium sokongan kepada pembelajaran dan pembangunan akademik.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, inklusif dan berteraskan pengalaman pembelajaran yang bermakna.

#brigedsukarelawanptar #ptaruitmcp #inforace #kelabbrigedsukarelawanperpustakaan #libraryuitm


Comments