Lawatan Akademik Delegasi Thammasat University, Thailand ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pulau Pinang, 12 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima lawatan akademik daripada delegasi Thammasat University, Thailand sempena lawatan kerja mereka ke Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Lawatan yang berlangsung di sekitar PTAR UiTMCPP ini melibatkan tiga orang wakil akademik kanan daripada Thammasat University, iaitu Asst. Prof. Dr. Chayakrit Asvathitanont, Dean of the College of Innovation; Assoc. Prof. Dr. Kom Campiranon, Associate Dean for Academic Affairs & Research; serta Dr. Annop Peungchuer, Assistant Dean for Planning and Quality Assurance.
Delegasi lawatan telah dibawa melawat kemudahan dan persekitaran PTAR UiTMCPP oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTMCPP, bersama Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP). Sepanjang lawatan, para pelawat turut diberikan taklimat ringkas berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta peranan PTAR dalam menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan akademik serta membuka ruang kerjasama strategik antara UiTM dan Thammasat University pada masa hadapan, khususnya dalam bidang perpustakaan, inovasi dan pengurusan akademik.


Comments
Post a Comment